Jumat, 04 November 2011

Insan Bernama Wanita


 Wanita ibarat bunga, cantik indahnya pada pandangan
mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan
manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana
akhlaq itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah
cantik tetapi akhlaq buruk, tiada guna juga berwajah
cantik tetapi hati kosong dari ilmu. Ibarat bunga, ada
yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya. Ada
pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang
menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada
pandangan mata kasar, tetapi bila dihalusi dengan mata
hati, ternyata amat tinggi nilainya.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di
tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah
menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di
pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah
kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah, sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah. Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang
berhemah. Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang
menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai
ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih
sayang, dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan
menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya
kepada-Nya.

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang
samaada mereka wanita atau lelaki melainkan
berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah.

Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang
bermaksud:

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman
maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak
dianiaya walau sedikitpun."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita
yang solehah." - HR Muslim.

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai
peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan
malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan
wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap
lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan
kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan
fitrah masing-masing.

Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah
sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah
telah berfirman:

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman
maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak
dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124.

Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda
baginda yang bermaksud:

"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang
ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang
terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang
paling baik terhadap isterinya." - Hadith Riwayat
At-Tirmidzi.

Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan supaya kaum
wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan
sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka
diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah
bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk
meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadith Riwayat
Al-Bukhary dan Muslim.

Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan
wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara
fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu
mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan
kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan
kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu
yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk
memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam
Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan
oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada
fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah
pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam
pergaulan.

Wanita menurut perspektif Islam adalah :

1.Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang
hati.

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya." Ar Ruum : 21

2.Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan.

"Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar
Ruum : 21

3.Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi
pendidikan.

"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari
jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari
isteri-isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu." An Nahl


Apalah artinya perbedaan dibandingkan dengan banyaknya
persamaan di antara kita. Bukankah kita sama-sama membutuhkan
sesuap nasi tanak dan seteguk air segar demi memenuhi lapar
dan dahaga? Kita juga sama-sama menangis di kala sedih dan
tertawa di saat gembira. Kita sama-sama gemetar sewaktu
ketakutan melanda serta tergelak ketika kegembiraan menerpa.
Kita sama-sama berkeringat di bawah terik matahari, dan
menggigil ditelan dinginnya malam. Tidakkah kita melihat
begitu banyak persamaan di antara kita sampai-sampai muskil
menghitungnya?

Lalu mengapa secuil perbedaan yang dipicu oleh keinginan,
hasrat dan nafsu menyangsikan semua kesamaan kita? Mengapa
kita, seolah memiliki lebih banyak waktu untuk mengais-ais
perbedaan, menggoreskan garis pemisah, memancang bendera
kami dan kau? Tidak cukupkah satu persamaan di antara kita
berikut ini memupuskan kegigihan untuk mempertahankan
warna-warna itu: bukankah kita sama-sama membutuhkan kasih
sayang?








                                                                                                              Tertanda, Bintul Jannah

Minggu, 30 Oktober 2011

Kata-Kata Mutiara

 kata hikmat bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.
Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.